sabtu,15 julai 2000.
hari tu cuaca sgt baik..kelihatan seorng budak perempuan berusia 9 tahun berlari berkejaran bersama sepupunya di halaman rumah..mereka gembira sekali..sesekali kedengaran tawa mereka memecah kesunyian ptg itu...
beberapa org perempuan dewasa turut kelihtan berada di tangga rumah..berbual sesama mereka..kadangkala kedengaran serius ttp tidak jelas butir percakapan mereka..aku tercegat di suatu sudut di tepi rumah..bingung melihat suasana baru itu..kesemua manusia tidak menghiraukan aku..seolah2 mereka tidak dapat melihat aku..
pandangan aku berkalih pada kanak2 perempuan td..wajahnya mirip aku semasa kecil..mulutnya becok sambil tgnnya ligat bermain masak2 bersama sepupunya..tiba2 aku melihat seorng wanita keluar sambil memanggil budak itu naik..katanya abah kpd budak itu memanggilnya..aku terpana..aku sungguh kenal akan wanita itu..
dia adalah ibuku.tp mama nmpak kurus dah jauh lebih muda dr sekarg..budak itu tidak menghiraukan panggilan mama.sebaliknya bergembira bermain masak2..beberapa minit kemudian..kakak kpd budak itu keluar smbil marah2 menyuruh adiknya masuk bertemu abah mereka.
''cepat laah..abah panggil''
....dengan muka yg mencuka budak itu berlari naik ke dalam rumah..aku berjalan mengikutinya..
suatu sudut di dalam rumah aku melihat sekujur tubuh terbaring tidak bermaya..tubuhnya kurus,nafasnya pendek2,kelihatan dadanya berombak..
budak itu terus duduk di samping lelaki itu..aku masuk lebih dekat..air mata aku lantas gugur.ya Allah..itu abah!!
abah yg terbaring sakit..muka abah pucat..aku terduduk di sisi abah..tetapi abah tidak memandang aku..
abah memandang ke arah budak td..abah senyum..
''abah nak ape?!!''bentak budak itu..
''ira nak gi main dengan tikah lah''..
abah masih senyum..perlahan abah capai tgn budak itu abah pegang erat..abah lihat tepat kematanya..
''saja je..abah nak tengok ira..''lemah suara abah..
''laaa..hari-hari boleh tengok!!''marah budak itu smbil berlalu mendapatkan sepupunya kembali..
abah kelihatan tenang..abah pandang atas rumah lama2..seolah2 abah xdapat melihat lagi keadaan itu..
aku merapatkan tubuh kedinding..aku duduk dekat dgn kaki abah..
aku masih bingung..aku memandang setiap penjuru rumah..ya..aku berada di rumah aku ttp keadaannya jauh berbeza dengan rumah aku sekarang..
maghrib itu,,aku lihat mama sibuk didapur..masing2 tidak menghiraukan abah...sesekali mama membuang pandangan ke arah abah..budak itu dan kakaknya sibuk bermain dengan adik kecil mereka..
bunyi burung bersahutan diluar rumah..nenek keluar membuka jendela tepi..nenek masih memakai telekung.mungkin nenek baru selesai mengerjakan solat maghrib..kelihatan nenek mendongak ke arah pokok pisang di tepi tebing..mungkin juga nenek mencari suara burung yg bersahutan itu..sempat aku lihat raut wajah nenek berubah..dahi nenek berkerut seribu..lantas ditutupnya jendela lalu kembali duduk diatas sejadah yg ditinggalkan td....aku kembali memandang abah..mata abah pejam,namun kelihatan dada abah turun naik..
mungkin abah tidur....
ahad,16 julai 2000..
5.30pagi..
aku lihat mata mama sedikit basah..namun mama kelihatan tenang..nenek dan jiran nenek,mak limah berada di kaki abah..di tangan nenek ada sehelai kain..pintu bilik terkuak..aku lihat budak itu keluar dan berdiri di depan pintu bilik..dengan mata yg masih mengantuk,dia memandang kakaknya disebelah..
''abah takde dah..''..''abah dah pergi..'',bisik kakaknya...budak itu hanya diam..dan bersandar di dinding..
seminit...2minit..dia masih disitu..hanya matanya memandang ke arah abah..fikirannya melayang mengimbas kejadian ptg itu..tidak patut dia berkasar dengan abah.sepatutnya dia menemani abah sebelum abah pergi..
dia mula risau..bagaimana kalau abah pergi dan xbalik2 lagi seperti arwah atuk..lantas dia teringat abah pernah berkata arwah atuk dtg mengajak abah mengikutinya..air matanya mula merembes..perlahan..
dia mendekati abah..memicit lengan abah..tiada respon..tgn abah sejuk...abah juga tidak tersenyum kpd nya lg..kini dia pasti..abah dah pergi selamanya..abah dah xboleh hantar dia kesekolah..abah dah xboleh bawa dia jalan2..abah dah xboleh bergurau dengannya lg..abah dah xboleh jd tempat utk dia mengadu....air matanya makin laju..dia menangis di tepi dinding....
aku memandang budak itu sayu..aku beralih lalu duduk disisinya....
org kampung mulai ramai..aku lihat mama sibuk melayan tetamu yg dtg..masing2 mencari mama..
aku lihat abah dimandikan.sebelum abah dikafan kan..,aku lihat mereka memanggil budak itu dan kakaknya untuk melihat abah buat kali terakhir..
selepas disembahyangkan..jenazah abah selamat dikebumikan..
aku tersedar...berpeluh..lantas aku bingkas dan memetik suis lampu..suasana gelap bertukar terng..aku terduduk..aku kembali mengimbas mimpi td....aku kerap mimpi sekarang..
budak itu..budak dalam mimpi aku itu adalah aku..ketika aku berusia 9tahun..ketika itu juga separuh dari aku telah pergi.selepas abah pergi,,.di situ juga permulaan kpd sikap rendah diri aku..semakin hari sikap tu semakin menebal..
aku bersandar di birai katil..aku menangis...aku teringatkan abah..aku rapat dengan abah..aku terlalu rindukan abah..biarlah ape pun kata mereka pd abah,,aku ttp syg abah smpai bila2...
patutlaa semalam stu hari kelopak bawah mata kiri aku asyik bergerak..
kini aku temui jawapanya..aku lupa..sekian lama aku lupa utk doakan abah..maafkan ira,abah..
segera aku bacakan surah yasin untuk arwah...semoga Allah mencucuri roh arwah abah,
amin..
No comments:
Post a Comment