Thursday, November 13, 2014

Antara coklat,reben dan kemaafan.

"I break tradition,sometimes my tries, are outside the lines.
We've been conditioned to not make mistakes,but i can't live that way"
  -Natasha Bedingfield.

Memang aku lah yg paling cold dlm tiga2 makhluk ni.
Memang aku jgk yg paling degil.
Memang kadang2 aku yg baran dulu.
Memang jugak ak yg tak akan dengar nasihat.
Bukan sebarang orang aku biarkan nasihat itu masuk ke hati.
Tapi ada cara.
Kalau kena cara ketuknya.
Akulah manusia yg paling manis untuknya.
Tp kalau terjah terus gayanya.
Kasar budinya.
Tajam lisannya.
Aku lah manusia yg paling menyakitkan hati.
Tapi..bila terjadi percakaran,

Dia yg selalu pandang dulu,
Dia yg selalu senyum dulu,
Dia yg selalu tunduk mata dulu,
Dia jugak selalu hulurkan tgn dulu,
Dan jugak dia yg selalu minta maaf dulu.

Tak salah kalau kali ni aku yang hulur dulu.
Mak ckp takbaik buat begitu.
Harus kita yang selalu dulu.
Jgn biar yg tua mengalah dulu.
Yg muda harus begitu.

So,
Maafkan kesilapan aku kakak aku yg tergemuk dlm dunia..

Tuesday, November 11, 2014

Taip padam taip padam

Aku takkan selamanya disini.
Aku kan tengah berusaha untuk pergi.
Pohon cambahkan kesabaran itu.
Biar lekas2 aku langkah dulu.
Sebelum perlu kau halau aku.
Halus2 juga bisa luka.
Tores sembilu kalau tak percaya.
Jgn salahkan aku kalau kulitmu rengsa.
Maka aku bilang biar kau percaya.
Tapi tak semudah itu untuk kau mengiya.
Malah kau simbah biar makin nyala.
Tak usah lah lagi membentak hina.
Hati kecil ini makin terkena.
Asal kata kata bertukar cela.
Dari darah yang mengalir serupa.
Hamba lah..
Diantaranya.

Jasad yang dina.

Sunday, November 9, 2014

A place u call home

Salam.
I miss my home.
Yang kecik.yg hanya ada 2 bilik.
Yang mana lantainya xbermozek pun.
Yang bilik airnya kecik xde shower bahkan bathtub pun xde.
Yang 2 biliknya itu kosong xde perabot.
Yang ada pakaian bersepah.hapak.
Yang mana ruang tamunya bersambung dgn dapur.
Yang mana dapurnya xsesempurna dapur2 org lain.
Yang mana ditepi pintu utama rak kasut pun kemana.
Yang mana pintunya hanya 2selak.
Yang mana dapurnya xde langsir.
Rumah itu yg mana tak sempurna.kosong.suram.kelam.
Ya.
Rumah itu.
Yang sekarang dirindu-rindu.
Di ingat-ingat selalu.
Walaupun 2bilik dan kecil.tapi cukup besar bagi aku.
Walaupun xbermozek,tapi sejuk tanpa aircond.
Walaupun bilik air xde shower tapi airnya laju dgn bil yg takkan cecah rm5 pun.
Walaupun biliknya kosong xde perabot tapi pakaian tetap tergantung tersusun elok di satu sudut.
Walaupun ruang tamunya bersambung terus dgn dapur,tapi dekat untuk mencapai makanan dan air di tengah malam.
Walaupun dapurnya tak lengkap tapi dapur itulah yg diguna utk menghasilkan pelbagai hidangan ringkas sedap aku.
Walaupun diluarnya tanpa rak kasut tapi kasut2nya tetap tersusun rapi senang utk disarung ke kaki.
Walaupun pintunya hanya 2selak tapi cukup utk melindungi aku dari serangan luar.
Walaupun dapurnya xde langsir tapi senang udara pantai masuk menyegar rumah malah disitu..aku duduk renung keluar,
Melihat sibuk manusia berniaga.jerit anak2 berkejaran.drama2 masyarakat flat.anjing.kucing.lori sampah.burung.bot2 nelayan pulang dari laut.kapal terbang mendarat..
Segalanya ada di celah beranda besi buruk hitam itu.
Aku juga manusia.
Yang punya rasa rindu.
Pada semua itu.

#rumahku ditepi pantai penang.

Wednesday, November 5, 2014

Manusia

Salam
Bila dah viral tentang sesuatu kat laman sosial mcm fb contohnya.macam macam jenis manusia bleh tengok kat situ.bermacam ragam dan tak pakai pakaian seragam pun..tak percaya cuba baca komen2 kat situ.(ikut situasi la)
1)jenis yg setuju.siap kutuk2 sikit sokong yg dia sgt2 setuju ngan sesuatu tu.kadangkala ada yg siap bagi contoh konon pernah alami benda yg sama.panjang jela2 dia pun sibuk nk cerita jgk walhal bkn jd kat dia pun.kat cucu sedara tiri belah laki angkat mak dia.
2)jenis yg tak setuju..jenis ni pun sama byk ngan yg kat atas tu.jenis ni kadang2 bukan stakat maki,kalo bleh terajang memang lebam warna warni la org yg kluarkan status tu.siap kluarkan fakta,statistik ape semua..semua berani mati punya statement.
3)jenis yg berpolitik.tak tau nk describe mcm mana.kebyakan golongan2 ni selalu salahkan kerajaan.kadang2 benda xde kaitan pun.cth:kucing siti terberanak kat longkang dpn rumah abu.mula la kluar statement hentam kerajaan.xde bajet utk kucing la.kerana cincin kakmah kucing tak terbela la.mula la merepek meraban.kemon la..kucing beranak je kot.
4)jenis yg husnuzonnn..yakni bersangka baik.nasihat dia kalo ustazah baca ni nangis tersentuh..punya la statement keagamaan..aku yg baca ni pun bleh insaf..mm..baik budaknya ni..bila klik profil.gmbar free hair kaler2.pkai singlet nmpak lurah.kepit ngn jantan.chooiii..xpe la bak kata dia..husnuzonn..husnuzonn..(xsemua mcm ni ada yg betul2 bagus)
5)jenis ni walaupun menyemak tp golongan2 ini yg pling aku suka.jenis yg komen bergambar..aku tgk yg ni je dulu sbb kelakar.
6)jenis yg xde kaitan pun dgn tajuk.jenis ni komen2 dia pun agak blurr..kurang kasih sayang kut.
7)jenis ni yg paling semak sekali jenis yg tiba2 iklankan cmner dia bleh kaya dlm 2 hari la.pinjaman peribadi tanpa kelulusan bapak dia la.nk cari agen topup la.bk cari sugar dedi/mumy pun ada..

Walau mcm mna pun perangai manusia.kadang2 terfikir kalo xde diorg ni sunyi la wall2 yg gila publisiti ni..

Uppss..sorry

Sunday, November 2, 2014

Benda baru

salam.
Hari ni belajar satu benda baru..ada satu rokok yg xde bau.interesting kan.first time aku tgk.maybe benda ni bukan yg baru pun pd perokok2 nun.tp bg aku baru la sbb baru tahu.nma rokok tu mevius charcoal xsilap aku la..ak cpt lupa..tp kata org tu td.
"Sy punya bini tara kasi sy merokok la.ini rokok selamat itu bini tarak kasi tangkap sama sy.rokok lain sy punya nyawa itu dlm tgn bini sy.bukan mati sebab kanser la"

Alamak ini kalo amma yenna tahu ni ngamok dia.

Lariii.