Salam.
I miss my home.
Yang kecik.yg hanya ada 2 bilik.
Yang mana lantainya xbermozek pun.
Yang bilik airnya kecik xde shower bahkan bathtub pun xde.
Yang 2 biliknya itu kosong xde perabot.
Yang ada pakaian bersepah.hapak.
Yang mana ruang tamunya bersambung dgn dapur.
Yang mana dapurnya xsesempurna dapur2 org lain.
Yang mana ditepi pintu utama rak kasut pun kemana.
Yang mana pintunya hanya 2selak.
Yang mana dapurnya xde langsir.
Rumah itu yg mana tak sempurna.kosong.suram.kelam.
Ya.
Rumah itu.
Yang sekarang dirindu-rindu.
Di ingat-ingat selalu.
Walaupun 2bilik dan kecil.tapi cukup besar bagi aku.
Walaupun xbermozek,tapi sejuk tanpa aircond.
Walaupun bilik air xde shower tapi airnya laju dgn bil yg takkan cecah rm5 pun.
Walaupun biliknya kosong xde perabot tapi pakaian tetap tergantung tersusun elok di satu sudut.
Walaupun ruang tamunya bersambung terus dgn dapur,tapi dekat untuk mencapai makanan dan air di tengah malam.
Walaupun dapurnya tak lengkap tapi dapur itulah yg diguna utk menghasilkan pelbagai hidangan ringkas sedap aku.
Walaupun diluarnya tanpa rak kasut tapi kasut2nya tetap tersusun rapi senang utk disarung ke kaki.
Walaupun pintunya hanya 2selak tapi cukup utk melindungi aku dari serangan luar.
Walaupun dapurnya xde langsir tapi senang udara pantai masuk menyegar rumah malah disitu..aku duduk renung keluar,
Melihat sibuk manusia berniaga.jerit anak2 berkejaran.drama2 masyarakat flat.anjing.kucing.lori sampah.burung.bot2 nelayan pulang dari laut.kapal terbang mendarat..
Segalanya ada di celah beranda besi buruk hitam itu.
Aku juga manusia.
Yang punya rasa rindu.
Pada semua itu.
#rumahku ditepi pantai penang.
No comments:
Post a Comment